4 Punca Angin Pasang Lelaki
Biasanya dalam masyarakat, kita biasanya dengar mengenai masalah angin pasang di kalangan kanak-kanak kecil seperti bayi yang baru lahir.
Tapi pernah tak anda tahu yang masalah angin pasang ini juga sering menyerang golongan lelaki, senang kata angin pasang lelaki.
Kalau siapa yang kena angin pasang ni, sakit dia, Tuhan je yang tahu. Memang sakit.
4 Punca Angin Pasang Lelaki
Mesti anda nak tahu apa punca angin pasang lelaki ni kan? Jom kami kongsikan kepada anda 4 Punca Angin Pasang Lelaki:

1. Lebih berat badan / Obesiti
Kalau anda mempunyai berat badan yang berlebihan, tolong berhati-hati. Anda sangat berisiko untuk diserang penyakit angin pasang berbanding orang yang mempunyai berat badan yang ideal.
Ini disebabkan obesiti meningkatkan risiko terjadi hernia pada dinding perut. Bila berat badan berlebihan, ketegangan dan tekanan pada bahagian otot perut akan meningkat.
Ini akan menjadikan ianya lebih lemah dan mengembangkan hernia.

2. Kerja berat
Melakukan kerja berat selain berisiko untuk mengalami masalah sakit belakang, anda juga berisiko untuk diserang masalah angin pasang.
Kerja berat biasanya akan menggunakan otot-otot di seluruh badan lebih-lebih lagi pada bahagian perut.
Ini menyebabkan terjadinya hernia pada bahagian tersebut.

3. Batuk yang kronik
Kita sedia maklum, bila batuk yang teruk atau kronik akan menyebabkan sakit pada bahagian dada dan abdomen.
Jika batuk ini berterusan, ianya juga akan membawa kepada penyakit angin pasang lelaki.
Oleh itu, pastikan anda berjumpa dengan doktor segera untuk merawat masalah batuk yang kronik supaya anda tidak menderita lagi satu penyakit iaitu angin pasang.

4. Sembelit
Hati-hati bila anda mengalami sembelit yang berpanjangan kerana anda boleh diserang sakit angin pasang!
Sakit angin pasang lelaki ini akan terjadi disebabkan oleh pergerakan usus di dalam perut.
Pergerakan usus ini akan melemahkan otot-otot yang berada di sekitara bahagian abdomen.
Baca : Apa Itu Hernia
Diagnosis Angin Pasang

Bila anda dah membuat keputusan untuk bertemu dengan doktor, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal terlebih dahulu kepada anda.
Doktor akan cuba merasa dan mengesan pada keadaan mana benjolan tersebut akan menjadi lebih besar.
Doktor biasanya akan minta anda untuk berdiri, meneran dan batuk untuk melihat benjolan angin pasang tersebut.
Ciri-ciri Benjolan Disebabkan Angin Pasang

Soalan-soalan Doktor
Anda juga akan ditanya beberapa soalan oleh doktor berkaitan masalah angin pasang yang anda hadapi ini. Antaranya ialah:
Ingin Dapatkan Rawatan Tradisional Angin Pasang?
Ujian Pencitraan

Seterusnya doktor akan menggunakan ujian pencitraan untuk membuat diagnosis terhadap masalah angin pasang. Antara ujian tersebut ialah:
Penutup
Kami harapkan dengan perkongsian yang ringkas berkaitan angin pasang ini dapat membantu anda dalam memahami secara ringkas dan padat berkaitan penyakit angin pasang lelaki.
Untuk maklumat dan info yang lebih mendalam dan lanjut, kami nasihatkan para pembaca mendapatkannya dari pegawai kesihatan yang mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam dan luas berkaitan penyakit angin pasang ini.
Segala info dan maklumat dalam artikel ini cuma untuk bacaan awal sahaja dan rawatan serta nasihat dari doktor perlu diambil.
Jangan lupa untuk share artikel ini dengan rakan-rakan anda! Klik butang di bawah untuk share di media sosial anda.
Nak Kami Bantu Atasi Angin Pasang?
Klik butang untuk keterangan lanjut