5 Jenis Penyakit Angin Pasang

Penyakit angin pasang juga dikenali sebagai hernia amat sinonim dengan kaum adam. Malah ada juga yang menyebut penyakit ini sebagai angin pasang lelaki.

Penyakit angin pasang ini sebenarnya berlaku apabila tisu organ terkeluar dan melalui tempat yang lemah dalam otot yang disebut sebagai fascia.

Jenis-jenis Angin Pasang

Terdapat 5 jenis angin pasang yang berlaku kepada kaum adam.

  • Inguinal (angin pasang pada bahagian pangkal paha)
  • Incisional (angin pasang yang berlaku kerana pembedahan)
  • Femoral (angin pasang yang terjadi pada pangkal paha)
  • Umbilical (angin pasang pada pusat)
  • Hiatal (angin pasang yang terjadi pada bahagian perut atas)

Di bawah ini adalah penerangan yang lebih jelas mengenai 5 jenis angin pasang yang anda perlu tahu:

 

penyakit angin pasang

1. Penyakit Angin Pasang Inguinal

Angin pasang jenis ini berlaku apabila tisu pada bahagian usus menonjol melalui mana-mana tempat yang lemah pada bahagian otot perut.

Benjolan yang berlaku akan menjadi lebih sakit apabila pesakit batuk, bengkok atau cuba mengangkat objek berat.

Sakit angin pasang jenis inguinal tidak begitu merbahaya.

 

Inguinal tidak boleh sembuh sendiri dan jika berlaku sebarang komplikasi, angin pasang ini boleh mengancam nyawa.

Jangan risau, biasanya doktor akan mencadangkan supaya anda menjalani pembedahan supaya angin pasang jenis ingunal ini tidak lagi menyakitkan anda ataupun membesar.

Pembedahan angin pasang inguinal cuma perlu melalui prosedur pembedahan yang biasa dan bukanlah sesuatu yang serius.

 

penyakit angin pasang

2. Penyakit Angin Pasang Incisional

Jika sebelum ini pesakit ada melakukan pembedahn pada bahagian perut, risiko untuk mendapat angin pasang jenis ini lebih tinggi.

Tapi jika pesakit sebelum ini tidak pernah melakukan sebarang pembedahan di bahagian perut, kemungkinan besar ianya bukan angin pasang jenis incisional.

Sekiranya pesakit sebelum ini pernah menjalani pembedahan, mengalami penambahan berat badan kemudian mengandung juga akan meningkatkan lagi risiko mendapat angin pasang jenis incisional.

Malah jika pesakit terlibat dengan aktiviti mengangkat barang berat juga turut berisiko tinggi.

Bila angin pasang ini berlaku?

Biasanya setelah pembedahan, ia berlaku setelah 3 hingga 6 bulan kemudian. Angin pasang ini akan perlahan-lahan membesar dalam masa tersebut.

>>>Klik Sini : Rawatan Tradisional Angin Pasang<<<

 

penyakit angin pasang

3. Angin Pasang Femoral

Angin pasang femoral berlaku apabila usus membojol keluar pada bahagian otot pangkal paha.

Antara tanda pertama yang berlaku ialah benjolan yang berlaku pada bahagian pangkal paha atau bahagian paha atas.

Ianya akan berkembang dari masa ke masa dan bukan ada sejak dari lahir lagi.

>>> Baca Sini : 4 Punca Angin Pasang Lelaki<<<

Biasanya ia berlaku kerana batuk yang kronik, masalah paru-paru dan kerap merokok.

Hati-hati jika anda mempunyai masalah berat badan yang berlebihan kerana ianya juga menyebabkan masalah angin pasang jenis femoral.

Tapi, jika anda dalam usaha untuk mengurangkan berat badan, risikonya semakin berkurang.

Jadi jom usaha untuk kuruskan badan!

 

penyakit angin pasang

4. Sakit Angin Pasang Umbilical

Sakit angin pasang jenis ini terjadi di sekitar pusat. Ianya berlaku apabila ada kelemahan otot di sekitar umbilicus (sekitar pusat) yang menyebabkan tisu abdomen menonjol di kawasan tersebut.

Angin pasang jenis ini biasanya berlaku kepada bayi kerana semasa bayi di dalam rahim ibu, tali pusat berfungsi untuk memberikan nutrisi kepada bayi.

Tali pusat bersambung dengan pusat bayi dan pada kawasan perut bayi inilah angin pasang mudah terjadi.

 

Manakala untuk pesakit dari kalangan orang dewasa pula, angin pasang jenis ini biasanya berlaku selepas pembedahan di kawasan perut.

Malah ada juga kes yang berlaku semasa dan juga selepas kehamilan. Anda kerap mengangkat benda berat? Hati-hati, anda juga turut berisiko.

Berbeza kes dengan bayi, angin pasang ini tidak akan sembuh sendiri kerana orang dewasa tidak lagi mengalami pertumbuhan badan seperti bayi.

 

penyakit angin pasang

5. Angin Pasang Hiatal

Angin pasang jenis ini disebabkan oleh kelemahan otot di bahagian diafagram (kawasan dada).

Kebiasanya, tiada sebab yang begitu jelas mengenai kenapa terjadinya angin pasang hiatal di kalangan pesakit.

Namun, ada beberapa sebab yang boleh diambil-kira.

Biasanya, apabila berlaku tekanan pada otot diafagram atau keadaan yang menyebabkan otot lemah, menyebabkan berlakunya angin pasang hiatal.

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda 4 sebab:

  1. Penuaan. Bila manusia semakin berusia, otot diafagram akan semakin lemah. Ini menyebabkan kita semakin berisiko untuk mendapat angin pasang hiatal.
  2. Trauma. Kecederaan traumatik boleh menyebabkan tekanan pada bahagian diafagram.
  3. Pembedahan. Jika anda pernah menjalani pembedahan pada bahagian abdomen dan ke atas, anda semakin berisiko untuk mendapat angin pasang jenis ini.
  4. Kelahiran. Bayi dan kanak-kanak boleh mengalami angin pasang ini sejak lahir. Ianya boleh diselesaikan dengan pembedahan.

Nak Kami Bantu Anda Atasi Angin Pasang?

Klik Butang Di Bawah!

Jangan lupa untuk share artikel ini dengan rakan-rakan anda! Klik butang di bawah untuk share di media sosial anda.