Apa Itu Hernia & 6 Punca Hernia

Anda pernah dengar mengenai hernia? Tak pernah?

Kalau Angin Pasang pernah dengar tak? mesti pernahkan!

Hernia dan angin pasang ini adalah dua penyakit yang sama. Cumanya kita di Malaysia ini, lebih banyak menggunakan istilah penyakit angin pasang berbanding hernia.

Jadi, untuk menjawab soalan apa itu hernia, ini adalah jawapannya.

Hernia ini adalah satu keadaan yang mana ada keseluruhan atau ada organ (seperti usus) yang terkeluar dari tempatnya.

Ini yang menyebabkan timbulnya benjolan hernia di kawasan seperti perut.

Biasanya bahagian organ tersebut akan timbul di bahagian lemah di dinding otot.

Hernia adalah kondisi yang terjadi ketika sebahagian atau kesuluruhan dari organ atau jaringan (misalnya usus) menonjol ke daerah-daerah yang tidak biasa. Bahagian organ tersebut muncul bukaan atau area lemah dalam dinding otot, sehingga muncul tonjolan atau benjolan.

apa itu hernia

Tanda-Tanda & Gejala Hernia

Anda ada mengalami tanda-tanda ini?

Seperti yang anda sedia maklum, hernia ada beberapa jenis. Kami ada membincangkan jenis-jenis hernia di artikel ini.

Okay, jadi kita akan teruskan dengan tanda-tanda dan gejala yang biasa berlaku mengikut jenis-jenis hernia:

  • Gejala bagi Hernia Inguinal dan Umbilical adalah adanya benjolan angin pasang yang tidak menyakitkan dan boleh hilang dengan sendirinya. Benjolan ini akan kelihatan lebih jelas semasa pesakit batuk, berdiri dan menangis.
  • Hernia Inguinal akan menyebabkan kantung buah zakar (skrotum) menjadi besar dari normal. Manakala bagi kanak-kanak perempuan, labia (kawasan sekeliling faraj) akan membengkak.
  • Berbeza dengan Hernia Internal Incisional, pesakit tidak akan merasakan apa-apa tanda yang jelas di anggota badan. Cumanya mereka akan kerap muntah dan sakit perut.
apa itu hernia

Tanda Hernia Dalaman

Tanda-tanda Hernia dalaman tidak sama seperti hernia luaran yang anda boleh lihat benjolan di luar badan.

Hernia Hiatal adalah sejenis hernia dalaman dan hernia jenis ini tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom-simptom.

Tapi ada juga kes, bila pesakit mengalami hiatal, pesakit akan mengalami gangguan refluks gastroesophagel (GERD)

Simptom yang biasa dihadapi oleh pesakit GERD:

  • Pedih hulu hati (Heartburn)
  • Rasa tidak selesa dalam kerongkong anda seperti masam & pahit
  • Rasa sebu dalam perut
  • Kerap sendawa
  • Perut rasa tidak selesa

Baca : 5 Jenis Penyakit Angin Pasang

apa itu hernia

Punca-Punca Penyebab Hernia

Kalau nak diceritakan mengenai punca-punca penyebab hernia, agak banyak sebenarnya. Salah satu disebabkan oleh pergerakan atau tabiat yang berulang kali berlaku. Contohnya:

  • Mengangkat objek berat dengan cara yang salah dan menggunakan otot yang lemah
  • Menggunakan secara kerap otot yang sama
  • Perbuatan yang menyebabkan otot menegang seperti batuk yang kerap, selsema, cirit birit dan sembelit
  • Berat badan yang berlebihan dan kekurangan nutrisi
  • Kerap merokok
  • Pernah menjalani pembedahan
apa itu hernia

Bolehkah Hernia Dielakkan?

Secara jujurnya, hernia tidak dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi kalau disebabkan oleh bawaan genetik.

Malah, ada hernia yang berlaku kepada bayi kerana masalah yang timbul sejak dari kandungan lagi.

Ada juga pesakit dari bayi lagi lahir dengan otot yang lemah dan ini memudahkan ia untuk mengalami hernia.

apa itu hernia

Anda boleh mengelakkan risiko untuk mengalami hernia dengan:

  • Kurangkan makan dengan mengambil hidangan secara sederhana
  • Kurangkan berat badan jika anda mengalami obesiti
  • Elakkan mengambil minuman beralkohol (arak) dan tembakau (rokok)
  • Elakkan makan makanan yang pedas dan tinggi dengan serat
  • Gunakan teknik yang betul ketika semasa mengangkat barang yang terlalu berat
apa itu hernia

Dapatkan Penawar Tradisional Angin Pasang Di Sini

Rawatan Hernia

Mesti ada yang tertanya-tanya mengenai rawatan hernia kan? Sebenarnya rawatan yang ada bergantung kepada jenis hernia yang anda hidapi dan keadaan kesihatan anda.

Biasanya doktor akan mencadangkan anda untuk melihat perubahan yang berlaku.

Malah doktor akan cuba mencadangkan anda untuk melakukan perubahan terhadap diet, aktiviti harian dan tabiat anda.

Ubat-ubatan akan diberikan untuk mengurangkan tanda-tanda hernia

Hernia Boleh Datang Balik Ke?

Kebiasaannya, hernia boleh dirawat dan disembuhkan. Namun ada juga sesetengah hernia yang akan datang balik.

Biasanya untuk kes sebegini, doktor akan mencadangkan pembedahan untuk mengurangkan risiko hernia ini kembali.

Pesakit boleh berbincang dengan doktor mengenai rawatan dan pembedahan yang terbaik untuk mengelakkan hernia datang kembali.

apa itu hernia

Penutup

Angin pasang atau juga dikenali sebagai hernia mempunyai banyak simptom-simptom lain dan mungkin akan berbeza antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain.

Sayangi diri anda, kesihatan yang anda kecapi sekarang tinggi nilainya dan tidak boleh diganti dengan wang ringgit.

Jangan lupa untuk share artikel "Apa Itu Hernia" dengan rakan-rakan di Media Sosial ya! Klik sahaja butang Media Sosial di bawah.

Anda Ingin Rawati Masalah Angin Pasang Anda?