5 Mitos dan 4 Fakta Mengenai Sakit Angin Pasang: Apa yang Anda Perlu Tahu!
Selama bertahun lamanya, banyak mitos tentang sakit angin pasang telah tersebar dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk anda memahami apa yang sebenarnya berlaku dan yang mana satu adalah mitos semata-mata. Ini adalah beberapa mitos dan fakta yang biasa anda dengar tentang sakit angin pasang.
Mitos 1: Hanya Lelaki Sahaja Yang Sakit Angin Pasang
Fakta: Walaupun lelaki lebih cenderung untuk mendapat sakit angin pasang, wanita juga boleh terkena sakit ini. Statistik menunjukkan bahawa lelaki lebih berisiko, tetapi ini tidak bermakna wanita terkecuali untuk menghidap sakit ini.
Mitos 2: Sakit Angin Pasang Hanya Disebabkan oleh Angkat Berat
Fakta: Angkat berat boleh mencetuskan sakit angin pasang. Tetapi terdapat banyak faktor lain yang boleh menyebabkannya berlaku. Antaranya adalah faktor genetik, foktor umur, tubuh badan yang obesiti tinggi, sakit batuk kronik, sakit sembelit dan komplikasi daripada pembedahan.
Mitos 3: Sakit Angin Pasang Boleh Pulih Dengan Sendiri
Fakta: Sakit angin pasang tidak akan sembuh sendiri. Sakit ini mungkin tidak menyakitkan anda dan mungkin saiz angin pasang ini tidak membesar dari sehari ke sehari. Tetapi sakit ini tetap ada. Rawatan biasanya melibatkan pembedahan.
Mitos 4: Pembedahan Sakit Angin Pasang Selalu Melibatkan Masa Yang Begitu Lama
Fakta: Kebanyakan pembedahan untuk sakit angin pasang dilakukan sebagai prosedur harian. Bermakna pesakit boleh pulang ke rumah pada hari yang sama. Teknik "Laparoskopi Invasif Minimal" membolehkan pemulihan yang lebih cepat.
Mitos 5: Sakit Angin Pasang Selalunya Menyakitkan
Fakta: Tidak semua sakit angin pasang menyebabkan kesakitan. Sesetengah orang mungkin tidak menyedari bahawa mereka menghidap sakit angin pasang sehingga doktor ketahuinya semasa pemeriksaan tubuh badan.
Ini Adalah Beberapa Fakta Penting Tentang Sakit Angin Pasang Yang Mungkin Anda Tidak Tahu.
Fakta 1: Sakit Angin Pasang Boleh Berlaku di Mana-Mana Bahagian Tubuh Badan
Walaupun sakit angin pasang inguinal dan femoral di kawasan kelangkang adalah yang paling kerap berlaku. Tetapi sakit ini boleh juga berlaku di mana sahaja di bahagian badan anda, di mana terdapat kelemahan pada dinding perut.
Fakta 2: Sakit Angin Pasang Adalah Berbahaya
Walaupun sakit angin pasang tidak menyakitkan, tetapi ia boleh menjadi bahaya jika urat saluran darah terhimpit. Bermakna aliran darah ke tisu yang terperangkap telah terputus. Ini adalah keadaan yang berbahaya dan perlukan rawatan yang segera.
Fakta 3: Sakit Angin Pasang Boleh Dicegah
Terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mencegah sakit angin pasang. Ini termasuk mengekalkan berat badan yang sihat, berhenti merokok dan mengelakkan dari angkat benda berat yang berlebihan.
Fakta 4: Sakit Angin Pasang Boleh Datang Kembali
Ya, sakit angin pasang boleh datang kembali walaupun selepas pembedahan. Ia bertentangan dengan apa yang anda percaya, tetapi risikonya hanyalah rendah sahaja. Tapi ianya wujud dan ia bergantung kepada banyak faktor, termasuk jenis angin pasang, teknik pembedahan dan kesihatan tubuh badan pesakit.
Melalui artikel ini, kami harap dapat jelaskan beberapa kenyataan mitos tentang sakit angin pasang. Dan dapat berikan beberapa fakta mengenainya. Sakit angin pasang boleh dirawat dengan pengetahuan dan penjagaan yang betul. Jika anda ada simptom sakit angin pasang, jangan teragak-agak untuk berjumpa dengan doktor.